A. Pengenalan.
Terdapat ciri –
ciri perbezaan dan persamaan antara ekonomi sosial tamadun Graeco – Roman
dengan tamadun Islam. Perbezaan yang nyata sekali ialah perkembangan latifundia
di Empayar Rom yang bercorak perladangan besar yang berasaskan Slave mode of
production ( pengeluaran melalui tenaga perhambaan ). Walaupun tenaga hamba
digunakan di ladang – ladang semasa pemerintahan Abbasiyah tetapi tidak
mencapai sesuatu tahap yang menyeluruh Empayar Islam.Pemusatan kuasa politik di
Rom atau di Baghdad, perkembangan ekonomi pertanian untuk eksport telah menjadi
suatu sumber kekayaan kerajaan masing – masing. Perdagangan, sama ada perdagangan
domestik atau antarabangsa juga berkembang dengan cepat dengan wujudnya
kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik dan kemudahan – kemudahan
yang terdapat seperti institusi kewangan.
B. CIRI – CIRI
UTAMA SISTEM EKONOMI GRAECO – ROMAN.
1. Penaklukan
dan perluasan empayar Rom telah mengubah asas ekonomi pertanian daripada sistem
ekonomi sara diri kepada ekonomi komersil. Ekonomi sara diri adalah berteraskan
kepunyaan tanah yang bersaiz kecil ( 5 – 30 ekar ) dan juga dikerjakan oleh
kaum tani sendiri. Pada kurun yang ke dua Sebelum Masihi ekonomi sara diri
bertambah kurang, akibat kemerosotan kedudukan kaum tani sehingga diambil alih
oleh sistem ekonomi latifundia.Latifundia adalah ekonomi perdagangan yang
saiznya melebih 100 ekar. Kadangkala luasnya hampir 300 ekar. Kebanyakkan tanah
kepunyaan kaum tani telah dibeli oleh tuan – tuan tanah besar dan ditanam
dengan tanaman – tanaman komersil seperti anggur dan zaitun untuk industri wain
dan minyak. Jadi tanaman makanan bijirin tidak dipentingkan lagi dan Rom
bergantung kepada makanan import.
2. Tenaga
perburuhan ( labour ) untuk latifundia bergantung kepada tenaga hamba. Adalah
dianggarkan bahawa pada tahun 43 SM, bilangan hamba di Semenanjung Itali telah
mencapai seramai 3 juta orang berbanding dengan han 4 juta orang bebas. Menurut
Perry Anderson dalam bukunya, “ Passage from Antiquity to Feudalisme”
“ Nothing like
this had ever been seen in the ancient world. The full potential of the slave
mode of Production was for the first time unfolded by Rome, which organised an
took it to a logical conclusion that Greece had never experinced. The predatory
militarism of the Roman Republic was it main lever of economic accumulation.
War brought lands, tributes and slaves, slaves, tributes and lands supplied the
materials of war”
Pada peringkat
awal, latifundia bertumpu di Itali tetapi selepas Perang Punic diperluaskan ke
Sepanyol, Gaul, Noricum, Rhaetia dan juga Brtian. Perkembangan Latundia
dibahagaian timur Empayar tidak berlaku oleh kerana urbanisasi telah mencapai
suatu tahap yang tinggi.
3. Perdagangan
eksport dan import juga berkembang tetapi tidak bersifat seimbang oleh kerana
nilai import ke Itali melebihi nilai eksport. Kelemahan ini berpunca daripada
sikap bangsawan Rom yang tidak berminat dengan hal perdagangan. Pengendali hal
perdagangan sama ada domestik atau antarabangsa dimonopoli oleh saudagar –
saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ).
Perdagangan
antarabangsa dengan negari China didorong oleh dasar perluasan Han Wu Ti yang
membuka dua jalan darat ke Bactria dan Merv. Yang lebih penting ialah jalan
laut melalui Lautan Hindi yang merupakan saluran utama perdagangan dengan
negeri – negeri Timur seperti India. Golongan saudagar Yunani berjaya belayar
ke India akibat daripada penemuan angin monsun.
4. Bandar Rom
menjadi pusat perdagangan domestik hasil daripada permintaan golongan
bangsawan. Saudagar Yunani dan Syrians ( Phonecians ) menguasai perdagangan
Mediterranean, wilayah sekitar Sungai Rhine, Gaul dan Britian. Kekayaan
daripada perdagangan telah mempercepatkan proses urbanisasi dan peningkatan
cara kehidupan yang mewah.
5. Walau
bagaimanapun orang Itali tidak terlibat dalam perdagangan tetapi mereka
memberikan sumbangan kepada perkembangan institusi – institusi kewangan seperti
bank.
C. CIRI – CIRI
UTAMA SISTEM EKONOMI TAMADUN ISLAM.
1. Sistem
Ekonomi komersil tamadun Islam memuncak pada zaman pemerintahan Abbasiyyah.
Terdiri daripada dua komponen iaitu ekonomi pertanian dan ekonomi perdagangan,
sama ada domestik atau antarabangsa. Sumber – sumber galian dan pertanian serta
perdagangan transit di antara Eropah dengan Asia Barat bersama dengan
kestabilan politik dalaman dan hubungan yang erat dengan negara – negara jiran
telah menyumbang kepada perluasan perkembangan komersil di seluruh Empayar Islam.
2. Empayar Islam
adalah kaya dengan sumber – sumber galian seperti perak dari wilayah – wilayah
timur, emas dari Nubia dan Sudan, tembaga dari Isfahan, besi dari Parsi, Asia
Tengah dan Sicilly. Ekonomi pertanian diperbaiki dengan usaha kerajaan pusat.
Usaha pertanian di Lembah Tigris – Eyphrates di bawah pengawalan yang
sistematik. Hak kepunyaan tanah diberikan kepada kaum tani. Sistem cukai adalah
adil berdasarkan kepada peratusan jumlah pengeluaran. Perladangan secara besar
– besaran dimulakan dengan tenaga hamba.
3. Perdagangan
antarabangsa ( India, China dan Eropah ) dipercepatkan dan digalakkan oleh
kestabilan politik, sistem pengangkutan yang baik, serta hubungan diplomatik
yang erat dengan negeri – negeri lain. Wujudnya pelabuhan – pelabuhan yang baik
telah dapat menarik saudagar – saudagar asing ke Baghdad.
4. Perkembangan
institusi – institusi kewangan seperti bank, sistem cek dan surat – surat
kredit. Pada kurun ke – 10 Masihi, terdapat bank – bank kerajaan di Baghdad
yang diuruskan oleh orang – orang Yahudi dan Kristian.
Kesimpulan:
Tamadun Graeco –
Roman dan tamadun Islam telah mencapai suatu tahap yang begitu tinggi dalam
perkembangan ekonomi mereka. Ekonomi pertanian dan perdagangan telah menjadi
asas kekayaan kedua – dua tamadun yang terbayang dalam corak kehidupan sosial
dan kegiatan intelektual
Tiada ulasan:
Catat Ulasan