A) PENGERTIAN SENI VISUAL
Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan
halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .
seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi
yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui
deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan
seni reka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi
sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui
penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam
Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan
keindahan.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek
pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh
samada dalam bentuk 2D dan 3D.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan