Halaman

PENGKELASAN SENI VISUAL

Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan
perekaan.
I) Pengkaryaan
Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan yang
terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas
dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,
catan, seni cetak dan arca.

II) Perekaan
Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media baru
berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia ( komunikasi
visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil, logam
halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman &
seni lanskap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan