Halaman

Konsep Industri


Industri boleh difahami sebagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, dalam proses ekonomi itu, dengan matlamat pengeluaran, baik kebendaan mahupun perkhidmatan untuk dipasarkan. Kegiatan dalam sesuatu industri itu dapat dikatakan sebagai pengeluaran dan penawaran bahan atau komoditi untuk pasaran, yang juga merupakan kegiatan komersial. Oleh itu, dalam industri itu melibatkan proses pengeluaran, panawaran atau pasaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat penambahan nilainilai ekonomi. Dalam industri itu adakala dilakukan pengeluaran secara besarbesaran, yang melibatkan pengurusan, teknologi dan sistem pasaran yang kompleks. Kedudukan sesuatu industri itu boleh juga dinilai kepada penawaran bahan-bahan pengeluaran itu, misalnya tersebar luas ke peringkat global. Dalam pengeluaran secara besar-besaran itu melibatkan modal yang besar, tenaga kerja yang ramai, teknologi moden, pasaran dan promosi yang meluas hingga ke peringkat global dan pengiktirafan mutu yang tinggi. Terdapat juga industri yang dilakukan secara kecil-kecilan, iaitu melibatkan rangkaian proses ekonomi yang sederhana, penyebaran dan pasaran yang terbatas, teknologi yang sederhana dan modal yang kecil. Industri kecilan dan sederhana ini turut diberikan penggalakan dan pertolongan daripada kerajaan. Industri peringkat ini juga dikenali sebagai kotej industri, yang mungkin dilakukan di belakang rumah. Perkembangan industri merupakan fenomenon moden yang berkembang pesat berikutan dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Kegiatan ini mulai tersebar luas apabila berlaku revolusi industri di Eropah, kemudian pemerintah kolonial membawanya pula ke kawasan-kawasan baru di tanah jajahan mereka. Perkembangan industri itu telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi. Kini dengan perkembangan ekonomi global, peranan industri itu didapati semakin penting dan mendapat kedudukan yang semakin baik. Perkembangan ekonomi moden sangat bergantung kepada pembangunan industri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan