Halaman

Konsep Budaya


Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup
anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek
kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view
dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya
bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya
itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu
menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala
perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat
yang mendokong budaya itu.
Kerapkali pula untuk memahami aspek budaya dan bukan budaya
itu selalu menimbulkan kekeliruan. Misalnya, penawaran barangan, seperti
makanan di pasaran turut membawa bersamanya aspek budaya. Dalam
usaha untuk memahami aspek budaya itu perlulah terlebih dahulu
memahami budaya bagi sesuatu masyarakat atau jenis bahan itu di
pasaran. Bahan itu sebagai bahan makanan misalnya turut menyatakan
aspek budayanya, iaitu tentang makna dan pernyataan nilai sosial bagi
sesuatu masyarakat itu.
Budaya itu merupakan pernyataan jiwa, emosi, pemikiran dan nilainilai
sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, budaya itu boleh juga
difahami sebagai budaya ekspresif. Di samping itu unsur-unsur budaya
itu juga membawa pengertian dan makna kepada masyarakat yang
menghasilkannya. Oleh itu, budaya itu juga boleh diteliti sebagai budaya
simbolik. Walau bagaimanapun budaya itu dinamik, iaitu berubah
menyesuaikan dengan keperluan masyarakat semasa. Unsur-unsur
budaya masa lalu itu merupakan tradisi yang diwarisi dari zamanberzaman.
Dengan berlakunya proses modenisasi dan urbanisasi itu, maka
budaya juga turut menyesuaikan dengan perubahan itu.
Budaya itu merupakan pernyataan yang diterima dan diberikan
pengesahan oleh masyarakat. Sesuatu yang tidak dapat diterima dan
diberikan pengesahan oleh anggota-anggota masyarakat maka itu tidak
dapat dianggap budaya. Misalnya, perlakuan devian atau bercanggah
dengan nilai-nilai sosial tidak dapat dianggap sebagai unsur budaya. Dalam
keadaan ini maka terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat
dengan satu masyarakat yang lain. Agama dan kepercayaan, tradisi dan
persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan